Monday, April 12, 2010

angsa angsaku




disini aku ingin memaparkan perihal angsa angsa aku yang aku bela kat umah.. bkan kat umah actually.. kat depan umah aku.. takkan la angsa dok dlm umah sama ngan manusia ye dak..

angsa aku ader 5 kesemuanyer.. 3 jantan 2 betina.. sekor jantan tu adalah angsa yang paling otai diantara sumer angsa2.. dier menjaga ketenteraman reban angsa tuh.. dier la paling kuat..maka keharmonian reban angsa dapat dipertahankan.. tapi ader satu masalah disini..angsa otai tuh mendominasi angsa betina di reban tuh.. sehingga 2 ekor angsa jantan yg lain sangap.. lalu melakukan hubungan diluar tabii diantaa diorg.. mmg aku tak sangka diorg leh lak jadik camtuh.. sian pun ader.. last2 aku ambik inisiatif utk menggilirkan perihal seksual diorg.. aku pegang leher angsa jantan otai tuh.. kasi dier takleh campur tangan dlm hal angsa2 yang lain.. kasi chance angsa jantan lain.. tapi aku tatau nak buat aper.. angsa jantan yang lain tetap jadik angsa gay… heran aku.. tak sangkanyer.. sekarang aku sedang pening memikirkan bagaimana utk meluruskan semula pedoman angsa2 jantan aku tuh.. tough quest huh??

p/s.. ni la keje aku tiap2 ari.. bangun tido kasi angsa makan.. kasi angsa minum.. then lepak ngan angsa.. then tido balik.. heran aku..takde keje lain..


Hasil Karya: UnCLe Ee
ni la Uncle Ee.. ensemkan huhuh bakal Doc..

Friday, April 9, 2010

PeRiHaL KaMbInG


salam buat pembaca..
pastinya kalian membaca blog ni sebab kalian sedang dibebani dengan masalah bosan dan tak tau nak buat aper bukan..
mengaku sajalah..
dan jgn hairan,
kerna perkara yg sama juga berlaku kepadaku semasa aku menaip blog ini.. ( UnCLe Ee)

perihal kambing ini sering berlegar legar dlm mindaku..
tambah2 bila aku tgh demam dan pening kepala mcm skrg ni..
mcm2 yg aku pikirkan tentang kambing..
antara persoalan yg aku terpikir ialah:

1)adakah kambing dapat berinteraksi dengan kambing yg lain??
biarlah saya ungkaikan dgn lebey lanjut soalan tersebut yer..
maksud saya.. setiap kali kambing lapar atau runsing atau dahaga, adakah dier mmberitahu kawan2nyer atau sahabat handainya bahawa dier lapa atau dahaga atau runsing dengan hanya mbekkkkk je?? adakah bilamana bapak kambing memarahi anak kambing yg sedang bermain di tepi jalan juga hanya dengan mengembekk mbekkk tu jer?? simple bukan bahasa kambing tersebut.. unik..

2)adakah kambing berasa bosan dengan hanya memakan rumput??
maksud persoalan itu plak, kambing tak pernah ke teringin nak makan kfc ke, makan mekdonald ke, makan nasik briyani ke?? seperti mana yg kita tau bahawa ianya sangat sedap kan.. jadik adekah kambing juga terliur dgn makanan2 itu??

3)adakah kambing dpt berinteraksi dengan ayam atau itik atau angsa??
soklan tersebut juga kuat mencengkam pemikiranku ini.. bilamana hari raya korban semakin tiba, adakah mereka (iaitu mangsa sembelihan) akan berpakat ramai dan membuat plan utk melarikan diri?? tetapi dengan berbekalkan IQ yg sangat rendah, plan yg dirancang adalah sangat tak munasabah.. aper punya kambing la kambing ni..

4)kenape kambing betina ade janggut jugak??
yaa.. mmg itu juga soklan yg berlegar dlm kepala otak aku..
kenape kambing betina ade janggut jugak???
kenape tidak kambing betina takde janggut..
dan kenapa tidak kambing betina itu berambut panjang??
so biler dier rambut panjang, maka dier akan mementingkan penjagaan rambutnya.
pergi ke saloon setiap minggu.. manicure setiap 3 hari..
rawatan minyak panas setiap 2 minggu..
dan juga penjagaan muka dengan krim2 pelembap muka seperti yg biasa gadis2 skrg gunakan.. ikut trend la katakan.. cehhh..

5)adekah kambing juga mempunyai keinginan utk bermain gitar atau piano..
sepertimana yg kita tau.. kambing mmg tidak mmpunyai keupayaan utk bermain gitar, bermain piano, menulis, melukis, menekan kalkulator mahupun menulis blog.. tetapi yakinkah anda bahawa kambing tidak mempunyai keinginan utk bermain alat musik seperti yg saya mention diatas?? selami keinginan kambing2 itu wahai para pembaca..

6)adekah benar kambing tidak mandi??
erm.. pada pendapat peribadi saya.. saya rasa kambing mandi setiap hari..
cuma dier tidak pandai bertutur dlm bahasa manusia.. kalo mereka pandai bertutur dlm bahasa manusia maka manusia akan tahu bahawa kambing itu mandi sebenarnyer.. just bau ketiak mereka je takleh berubah dan berbau tengik mcm biasa disebabkan mereka tidak boleh memegang deodorant mahupun sabun utk mewangikan diri mereka(sila rujuk soklan ke5).. dan jika kambing boleh bertutur dlm bahasa manusia juga, adakah mereka akan memberitahu semua org bahawa mereka mahu mandi?? tak logik bukan.. jadik jgn la menuduh kambing tak mandi dengan berasaskan bau badan mereka yg tengik..

7)adakah kambing boleh menari??
mungkin kambing tidak boleh menulis, tidak boleh menekan kalkulator, tidak boleh menulis blog, tidak boleh bermain alat musik, tetapi mungkin kambing bole menari.. yaaaa.. mungkin mereka bole menari..cuma mereka tidak diberi kesempatan atau peluang utk memperlihatkan kepada dunia ttg kebolehan mereka itu.. jika tidak, saya pasti, kambing2 dpt memonopoli arena tarian di segenap seantero dunia.. tiada tempat utk kita manusia utk mencarik makan..

8)adakah kambing dapat menyelam selama 3 jam tanpa henti??
saya rase soklan kali ini agak tak logik.. jika kambing dpt menahan nafas selama 3 jam, maka itu bukan kambing.. itu ialah ikan kambing.. kambing yg dpt menahan nafas dan menyelam selama 3 jam tanpa henti hanyalah kambing2 yg mati lemas ekoran dari banjir kilat yg melanda pantai timur semenanjung..

p/s.. maaf jika ade salah ejaan atau shortform yer.. saya tak braper sehat sebenarnye tatkala menaip blog ni..demam+demam panas+selesema+batuk+ batuk kahak.. so sekali lagi saya mtk maaf jika blog ini ade menyingguh perasaan kambing2 atau saper2 yg mempunyai kaitan dengan kambing atau mereka yg memperjuangkan hak asasi kambing..

-Hasil Karya Oleh: UnCLe Ee- (aku hanya ingin berkongsi)

Salam

aku baru je join blog so tengah pening2 lalat lagi... lagi pun aku xda masa nk explore.. insyaALLAH ada masa aku akan buat yang terbaeek punya... meh2 la kita meriahkan ek.. cayalaaaa..

kalo ada yg tersalah n tersilap tuh korang tegur2 la ek..